Tuesday, 2 July 2013
Wahai suami...
Semasa isteri di dalam pantang, suami perlu kuat semangat. Ketahuilah semasa ini, isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik. Bukan sekadar fizikal, ianya termasuklah mental dan emosi.
Kalau rasa nak demam pun perlu cari jalan untuk tidak demam.
Ada ibu yang boleh meroyan kerana sangat keletihan. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, maka bila setiap malam tidak dapat rehat, maka minda senang menjadi terilusi. Itulah mengapa ada ibu yang di dalam pantang, campak bayinya kerana pada pandangan si ibu yang terlampau penat pada ketika itu, bayi itu adalah kain buruk. She is not able to think straight. Oleh itu para bapa prihatinlah.
Mengapa ini sangat perlu? Kerana bila suami prihatin menjaga isterinya, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu 'AKU DIKASIHI'. Kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak itu pula.
Anak-anak yang merasai dia dikasihi akan mengasihi dan akan mempunyai ketenangan di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Prof. Dr. Rozieta Shaary
Labels:
SUAMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment