Wednesday, 31 July 2013

RAYA 1434H

*Hari ni da 23 Ramadhan kita berpose pulak kan...x terasa langsung pose tahun ni.
  cepat betul masa berlalu..
  sedar x sedar minggu depan kita da sambut raya..yeah-yeah..GUMBIRANYA hati..
*so u all persediaan raya da ok semua tak????
*tahun ni masuk 4tahun da kami suami isteri sambut raya..
*Dan tahun ni kitaorg sambut raya berempat da..
  Tahun lalu kita org raya bertiga..naa tahun ni ada penambahan da...hahahahaha...teruja i yooo..
*but tahun ni la sy x buat biskut langsung...hahahahaha.....
  main tunjuk ja..order dengan kawan2 je..hahahahaha..( tahun ni la duit  bis p biskut raya ja...ok g tahun lalu  save cikit cz buat sendiri..huhuhuhu....x guna nak cakap da)...
*Raya tahun ni---sepasang je baju rya...but sedondon dengan puteri2 ku...hahahaha
  mesti kiut-miut dorg kan....da terbayang2 da...
*raya pertama kami beraya kat kg sang Suami ku yang tercinta..petang raya kedua baru la kita org
  akan  berangkat balik ke kg ku..wahhhh..adil sunggu suami ku..tahun lepas raya pertama tempat
  i tahun ni tempat dia la..
*puteri sulung ku dah tak sabar nak sambut raya..tiap ari bertanya bila nak raya..sampai penat i nak explain     tauuu...Abahnya senyummmm jaaa...mujur si adik masih kecil lagi...
  acapkali mercun bunyi mesti si kakak ckp BOMMM MELETUP (hahahahahah)..ciannn anak ku


so u all pa ceta????jom la kita share sama2

Thursday, 11 July 2013

7 Langkah Bijak Berbelanja


altBerikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.
#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)
Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.
#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)
Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.
#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)
Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.
#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)
Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.
#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)
Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.
#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.
#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)
Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.


JOM KITA SAMA2 AMALKAN..

Air Dicincang Takkan Putus

alt
Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:
“Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.”
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya. 
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah…”
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
Adik-beradik juga menjadi tempat bergantung antara satu sama lain setelah ketiadaan orang tua. Selalunya abang-abang dan kakak-kakak atau yang lebih tua akan mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya setelah ketiadaan orang tua. Apabila matinya seorang ayah bagi seorang anak perempuan, maka adik-beradik lelakinya akan menggalas tugas sebagai wali. 
Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan, wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya. Setiap perbuatan yang mungkin menguris hati saudara kita akan menjadi titik permulaan sesuatu perbalahan justeru membawa kepada pepecahan.
Dan antara perkara penting dalam menghargai kurniaan Allah ini kepada kita ialah menjaga adab sesama adik-beradik. Andai kata ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih dihargai.
Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah memalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki. ”Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.” (Hadis Riwayat Muslim)
Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama “air yang dicincang, tidak akan putus”. Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.

Wednesday, 10 July 2013

Mengkhianati dan Dikhianati

alt
” Aku tertekan la semalam aku putus cinta…  ”
”Semalam kawan aku fitnah aku depan cikgu..”
”Lukisan aku tapi orang lain dapat nama ”
Pernah  tidak anda lalui saat seperti itu? Itulah antara situasi apabila diri dikhianati. Saat kita menyebut-nyebut tentang khianat mesti rasa sakit hati, marah dan sebagainya. Setiap orang pasti pernah merasai perasaan dikhianati.
Khianat boleh terbahagi kepada beberapa jenis antaranya tipu, menyakiti fizikal dan mental, mempermainkan perasaan dan sebagainya. Pernahkah anda merasai perasaan sebegitu? Hampir 80% manusia di muka bumi ini pernah melalui saat ini. Manakala 20% pula datangnya dari golongan mereka yang menyakiti dan mengkhianati.
Motif di sebalik mengkhianati orang lain ini hanya empunya diri sahaja yang tahu. Mungkin kerana hendak berseronok? Mungkin juga faktor terdesak? Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang terlintas di hati mereka. Penyebab yang utama ialah hati. Ada sesuatu di hati mereka yang membuatkan diri mereka terasa teruja hendak mengkhianati orang lain. Dalam hati mereka ada perasaan dengki dan dendam terhadap mangsa yang disakiti. Apa yang mereka rasai selepas mengkhianati perasaan orang ialah PUAS.
Apa yang mereka PUAS sebenarnya?
Nafsu mereka yang puas. Hati yang penuh rasa iri hati, dendam, dengki dan sebagainya itulah yang akan rasa puas. Walhal mereka sebenarnya menambah sesuatu perasaan tidak tenang dalam diri. Mungkin hari ini mereka puas setelah menyakiti hati orang tapi hari seterusnya merekalah akan menjadi orang yang paling sakit, iaitu sakit di lubuk hati mereka. Pada saat itulah mereka akan menjadi orang yang paling sakit di jiwanya akibat perbuatannya itu.
Mahukah kita menjadi orang yang mengkhianati orang lain? Semata-mata untuk ‘tenangkan’ nafsu dalam diri ini? bukan sekali nafsu inginkan kita berbuat begitu pada orang malahan nafsu inginkan perkara seperti itu berulang-ulang kali supaya senantiasa puas dan ‘tenang’.
Bukan ingin menyalahkan nafsu, bukan ingin menyalahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri. Mahukah kita menzalimi diri sendiri dengan membiarkan diri melakukan perkara begitu? Kasihan pada diri sendiri..itu yang lebih utama
Kebanyakan orang sekarang sanggup membiarkan diri berada dalam kezaliman. Kezaliman pada diri sendiri. apabila sudah tiada perasaan kasih sayang pada diri, sudah pasti tidak akan ada kasih sayang pada orang lain. Perkara itulah yang membuatkan diri rasa seperti hendak menyakiti orang lain dengan mengkhianati mereka.
Fikir-fikirkanlah kembali adakah dengan berbuat begitu apa faedah yang kita akan dapat selain memuaskan nafsu jahat sendiri? Tiada jawapan untuk soalan sebegini kerana memang tiada jawapan. Hanya orang yang mengkhianati orang dapat menjawab soalan ini.
Jika bertanya kepada diri saya sendiri adakah saya pernah dikhianati, mustahil untuk saya katakan tidak. sememangnya pernah dikhianati tetapi apa yang saya buat untuk mengatasinya? Jika anda melalui perkara yang sama, boleh cuba tips berikut;
1) Jika sedih, lepaskan perasaan sedih itu dalam sehari. Selepas itu carilah bahan bacaan yang memotivasikan diri. Bahan bacaan yang terbaik ialah al-Quran. cuba dan buat!
2) Jika rasa pedih di hati. jumpa dengan orang yang mengkhianati kita, dan luahkan apa yang terpendam di hati. Lepaskan semuanya. (jangan melampaui batas)
3) Jika rasa dia masih menganggu anda boleh cuba keringkan hati dan abaikan dia, jangan sesekali beri PELUANG . Jangan sesekali! Jika beri peluang, tidak mustahil untuk disakiti lagi.
4) Kesan yang besar dalam hidup kita. Jangan paksa diri untuk melupakan orang tersebut, tetapi simpanlah dalam diari hidup supaya berhati-hati dengan orang seperti itu dan jadikan kisah sebagai pengajaran.
5) Jangan lupakan doakan orang tersebut. Pohonkan pada Allah, moga dilembutkan hatinya agar mudah menerima nasihat dan pandangan. Walaupun orang tersebut telah mengkhianati anda, doakan sahaja kebaikan untuknya. Ingat, sekalipun orang melakukan kejahatan kepada kita, balas la ia dengan kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskann kejahatan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Bertaqwalah kepada Allah walau di mana jua kamu berada, dan turutilah segala kejahatan yg kamu lakukan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghilangkan kejahatan tersebut. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yg mulia.”
(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)
Walaupun hadis di atas menfokuskan kepada kejahatan (sesetengah ulamak mentafsirkannya sebagai dosa kecil) yang kita sendiri lakukan, maka boleh terhapus dengan kebaikan yang kita lakukan.. Namun point yang utama di sini  juga “sesungguhnya kejahatan itu akan dapat di’kalahkan’ dengan kebaikan. 
Sebagai orang yang dikhianati jangan kita pula menjadi seperti mereka iaitu membalas dendam. Automatiknya kita juga yang akan menjadi orang yang mengkhianati. Mahukah kita? Jauhkanlah diri daripada rasa perasaan seperti itu. Jauhkan juga diri daripada penyakit hati seperti itu. Percayalah, bukan kepuasan dan ketenangan hakiki yang akan dicapai.
Nasihat untuk sesiapa sahaja yang pernah mengkhianati dan dikhianati, kunci utamanya ialah sabar dan cuba bertenang. Fikirkan apa yang anda miliki sekarang dan cuba bersyukur iaitu dengan memuji Allah atas apa jua yang berlaku.
Benar, jika syukur dengan apa yang kita ada hati akan rasa gembira dan tenang juga akan menyapa. Sabar untuk yang dikhianati. Sabar itu satu nikmat. Untuk capai nikmatnya kesabaran itu, sabarlah dulu. 
Firman Allah yang bermaksud;
“Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang”
(Surah Taha ayat 130)

Mengumpat? Tak Nak Dengar!

“…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 12)

Seperti yang kita tahu, mengumpat ialah bercakap tentang perkara yang tidak disukai orang yang diumpat – yakni perkara yang jika orang itu tahu kita berkata mengenainya boleh menyebabkan dia berkecil hati atau marah. Jika kita tidak berhati-hati, perkara yang diumpat juga boleh menjadi fitnah jika tidak diketahui kesahihannya.
“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.”
(Surah An-Nuur, ayat 15)
Orang yang mengiyakan perkara yang diumpat juga samalah seperti orang yang mengumpat. Manakala orang yang hanya mendengar umpatan (terutamanya yang tidak diketahui kebenarannya) tanpa berbuat apa-apa pula sepatutnya mengingatkan orang yang sedang mengumpat tentang bahaya menyebarkan khabar angin tersebut. Allah SWT berfirman:
“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.”
(Surah An-Nuur, ayat 16)
Ya, manusia dicipta dengan berbagai-bagai ragam dan perangai. Tak terkecuali juga ‘kaki-kaki mengumpat’. Apabila rakan kita sudah mula membuka tingkap ‘kafe mengumpat’, bagaimana kita nak elak ya? Pahala dah lah tak banyak mana, nak sedekahkan pula pahala kepada rakan kita yang diumpat tu. Jadi, bagaimana nak elak daripada mendengar umpatan?
Petua:
1. Jika kita benar-benar sayangkan rakan kita dan kita mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, tegurlah. Tegur ada banyak metodenya. Tegur secara baik dan halus, atau tegur secara direct dan ringkas. Metode ini bergantung kepada mad’u tersebut. Sekiranya dia seorang yang sensitif, tegurlah secara baik dan halus. Dan sekiranya dia seorang yang lambat pickup atau tak berapa nak sensitif, tegurlah secara direct dan ringkas. Tetapi mesti secara BERHIKMAH.
[Dulu, saya pernah menegur sahabat saya yang berbuat kesalahan dengan cara agak kasar. Akibatnya, api pergaduhan mula dinyalakan, dan akhirnya, dakwah itu tidak sampai, astaghfirullah. Tetapi saya sudah meminta maaf dan kami sudahpun berbaik. Sebab itulah pentingnya dakwah secara hikmah.]
2. Sekiranya si fulan yang mengumpat itu merupakan orang yang lebih tua daripada kita, atau merupakan seorang yang agak ego (susah nak terima nasihat dan pendapat), dan kita pula tidak mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, maka dakwahlah secara perlahan-lahan:
  • Sewaktu ‘sesi umpatan’ itu, buatlah mimik muka bosan atau tidak berminat dengan percakapannya. Jangan pandang wajahnya secara terus sewaktu sesi tersebut, sebaliknya lilau-lilaukanlah mata ke tempat lain, menunjukkan kita sudah bosan mendengar kata-katanya. Dan, paling penting, janganlah tambah kehangatan sesi itu dengan “Ohh, yeke?” atau “Ohh, tak sangka macam tu..”
  • Selain itu, kita boleh berpura-pura sedang kesempitan atau mengejar masa. Sesekali kerling jam tangan, atau sekiranya tidak memakai jam tangan sewaktu itu, tanya si fulan itu, “Eh, dah pukul berapa ya sekarang?” 
  • Kita juga boleh cuba selitkan sekali-sekala tentang keburukan kita – menunjukkan betapa banyaknya keburukan kita dan betapa tidak layaknya kita untuk menilai dan mengumpat orang lain.
  • Setelah sesi umpatan tersebut berakhir, berikan artikel kepadanya tentang keburukan mengumpat dan seumpama dengannya. Sekarang ni kan teknologi dah canggih, print sahaja artikel daripada iluvislam atau mana-mana blog yang boleh dipercayai kesahihannya, dan berikan kepada si fulan itu. Atau lebih mudah, sebarkan sahaja di Facebook. Lambat-laun, insya-Allah, dengan berkat usaha dan doa kita, hatinya akan lembut. Tapi hidayah tu milik Allah, kita cuma perlu berusaha saja dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.
Akan tetapi, kadangkala kita perlu berkata tentang keburukan seseorang, contohnya, apabila kita hendak melaporkan tentang kezaliman seorang pemimpin terhadap orang bawahannya atau apabila hendak membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang maksiat yang berlaku. 
Apa-apa pun, berhati-hatilah dalam berbicara, pastikan kesahihan laporan itu dan pastikan juga tiada unsur tokok tambah. Dan yang paling penting, niatkan kerana Allah.
Wallahu’alam.

Adab Bersembang

Adab Bersembang

alt
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
“Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, “Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?
1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu “Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi”.  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, “Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi’in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya.”Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.
2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
“Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi’in yang terkenal iaitu Imam Ata’ bin Abi Rabah berkata, “Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi.”
Khalid bin Safwan berkata, “Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya.”
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, “Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui.”
Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, “Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus.”

JANJI..

Janji itu amat penting..apabila kita berjanji hendakla kita tepatinya..jangan sesekali kita mungkir janji..
orang berjanji 2 ya, senang la nak berjanji..kadang2 sampai lupa lagi pada janji 2..padahal janji 2 di ucap n di keluarkan dari mulut nya..yang malangnya orang yang di janjikan 2..penat menunggu jaji tersebut..sampaikan berulang2 kali bertanyakan janji tersebut..sampai ke mati la janji tersebut..adakalanya sampai da fed up dengan org yang berjanji tpi x tunaikan..

mmg kita manusia ini sentiasa alpa,hanya insan biasa..namun if selalu di amalkan alpa tersebut makan akan menjadi kebiasaan la..acap kali  berjanji akan memungkiri jaji tersebut..sampai org yang di janjikan 2 da faham benar org 2 jenis yg kerap x pegang pada janji..da x caya pada janji nya lagi..

ingatla,apabila bibir da mula berjanji harusla ditepati..walaupun janji tersebut sekecil kuman..namun ianya dianggap janji..sy sendiri kadangkala apabila berjanji seboleh bolehnya xnak ingkar pada janji yang telah sy buat..di sebabkan 2 seboleh- bolehnya sy x nak berjanji,kerana takut x akan ditepati..amat berat apabila berjanji..namun menghairakan apabila ada segelintir antara kita yang suka2 berjanji pas 2 suka ati lak x tepati janji..jangan la pula anda berkata ' SUKA ATI AKU LA NAK KATA APA'..pernah anda berdepan dengan mereka yang berkata sedemikian???berkata mengikut mulut bukanya menggunakan akal fikiran..
kesian sungguh..sy mengandaikan org yg sebegitu adalah orang yang x tau akan adab n sopan ketika berkata..keegoan yang menjulang tinggi..mmg betul suka ati kau nak kata apa,mulut kau la katakan..tpi ingatla kerana mulut kau boleh hancur..taksub pada diri sendiri..

Janji memang ringan diucapkan namun berat untuk ditunaikan.Betapa banyak orang yang dengan mudanya berjanji untuk bertemu namun tak pernah menepatinya.Betapa banyak pula orang yang berhutang namun x juga membayar hutang tersebut. 
Orang yang berjanji dan x tunaikan janji tersebut tergolong di kalangan MUNAFIK...
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا ائْتُمِنَ خَانَ
Tanda-tanda munafik ada tiga; apabila berbicara dusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila dipercaya khianat.” (HR. Muslim, Kitabul Iman, Bab Khishalul Munafiq no. 107 dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)


mari la kita sama2 berhati ati apabila berjanji..
sila tepati janji anda..

ADAKAH ANDA BERJANJI PADA SESEORANG??????SUDAHKAN ANDA TEPATINYA?????




Tuesday, 9 July 2013

SALAM RAMADHAN

Salam semua...

sebelum balik ni nak ucapkan pada semua..SELAMAT BERPUSA
esok kita da mula berpose..
so..siapa2 kat luar 2 bergelar isteri seperti saya..jangan lupa ya sediakan sahur untuk family..
sedar x sedar da 3 tahun rupanya sy sambut  ramadhan bulan penuh berkat ni dengan suami tersayang..
allhamdulilah..syukur pada mu ya ALLAH..
semoga ramadhan kali ni lebih bermakna..
dulu if bangun sahur 3 org with my dghtr..skrg kompom ank sy sorg g bangun juga..hahahahha
meria time sahur..
jangan pulak sampai terlajak tidor ya..sedar2 da siang..x sempat sahur..sy n suami pernah alaminya..
hahahahaha...marah abg i yooo...hahahahaha


ok la..sebelum ceta ni jadi lebih panjang baik sy akhirinya kan..hehehehehe

SELAMAT BERPUSA MY FRNZ...

assalammualaikum....


5s

Bulan june 2013...

di  bulan ni, kesibukan terhadap amalan 5S melanda di setiap unit di Sektr ni..
asal 5s mesti bz giler, d sana la aksi memanjat belaku(hahahahaha)...huru hara..kami ni unit nya kecil ja..
cuma ada 10 staff ja..ruang keja pn x besar..
but 5s kali ni la perubahannya amat besar,apa tak nya segalanya d ubah dong...
malas nak ceta panjang lebar..so kita lihat ja la gambar2 yang sempat di ambil ketika 2...

gambar ni sy ambil ketika para jejaka ni bz
mengangkat barang2 ni untuk dipindahkan..
nampak tak betapa berserabutnya opis kita org..
cian kan..




d c2 opis dan d c2 la jua stor..
huhuhuhu..kita org x ada stor..
2 pasal la terpaksa letak kat belakang ja..
trust me..opis kita org mmg kecil n sempit..



ni gambar kat bucu belakang..
huhuhuhu




ni pula pandangan kat depan..
nampak tak gadis yang baju warna hijau 2..
semangat tau..
masing2 dengan tugas..
yang kat tepi sblh kanan 2 ( bertudung) i2 la dia PUAN 
kami..mesra tau dengan staf bawahan nya


sdg pening..d mna nak letak brg2 2
haaaa...fikir jangan x fikir..
sisip..sisih..susun




hahahahaha...
cayala kak..rly love dis pic yooo..
hasilnya..ZON SAKURA
(tlg tgk ok x..kot2 bengkok lak)



hmmm...nampaknya bengkok juga..
maka datangla dia memperbaiki..
chewwwwaaaaa...
tu dia..




seriusnya kak ijan mengunting..
hahahaha..
kak ijan ditugaskan buat TAG..
5S ni mesti ada tagging tau..
lau x alamat moyok la muka para audit..





kembali kita kat belakang lagi..
nampak tak rak2 2..dah dialihkan ke cini..
ni la dia KETUA ZON kita org..
fokus menyusun..
sampai pening pala nak susun..




amboi...ni pa kes???
jangan marah2 ba encik..
sama2 kita buat 5S..



macam mana tukul ni leh patah???
terkedu ja encik shukor tgk tukul 2..
hahahahaha
macam-macam...




semua diam..
buat2 x dengar bila ditanya sal tukul..
hahahahaha
acctly ni kita org da penat..rehat la jap..


yang bestnya, bila kita org da penat..ada pula org belanja makan..KFC yooo
masin mulut u Pn.Noorain..hahahahahaha...allhamdulilah bos belanja makan tengah ari 2..
semua lapar..makan benar g2..pas makan n rehat jap..kita org pn sambung kembali 5S..
ini semua kerja last minit..esok nak d audit,ari ni kita org bertungkus lumus nak kemaskan opis kita org..
fuhhhhhhh.....INI SEMUA GARA2 LAST MINIT KITA ORG D BAGI TAU ADA AUDIT..
huru hara di buatnya..dari pagi hingga ke petang buat 5S


ni gambar sebelum kita orang buat 5S..
sebelum ni da buat sebenarnya...
cuma kita org rombak balik..
hehehehehe



ni la hasilnya bila semua barang di alihkan..
kosong..but ni lum siap g tau..
bygkan, terpaksa bertungkus lumus..
mujur la ada lelaki...







gambar kat bwh ni pulak,sy ambik ketika kita org bz
menjahit skirt meja kita org..
jangan tak caya kita org terpksa menjahit kat opis tau..
penat sy pikul mesin jahit 2 tau..
nasib baik la mesin jahit 2 yang senang d bw,
(walaupun bahun ni da senget m'bw  tetap ku gagahi)
jahit pn roziayanti..
siap duduk d lantai lagi..
sporting g2..
caya la my frnz..






2 org ni bz dok buat skrt meja 2.
tekun n fokus g2




menjahit lagi..
yang pakai baju kurung 2 budak praktikal kita org
gara2 5S terlibat juga dia..
xpa sekurang-kurangnya ada pengalaman kan???





so ni la hasilnya..cuba ko org lihat perbezaanya..
nampak kan???
kemas lagi..

ni pic kat belakang..
da di susun...
kemas g2
mata pun sejuk ja tgk kat belakang..
dan yang jelas sekali tu haaaa
UNIT HRMIS...





yg ni hasil untuk kat depan..
kipas 2 da di alihkan..
hahahahaha






ni pulak laci..
dari x teratur da teratur..
alamk br perasaan la..sebelum 2 sepatutnya selepas..
terbalik la pulak...hahahahaha



ok la..sampai d cini dulu la ya..dah nak balik da ni
ok bye..











Sunday, 7 July 2013

senyum 1

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”
Allah SWT berfirman. Maksudnya :
“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.” (Surah an-Nisaa’ ayat 34).
Wallahualam
- See more at: http://fuh.my/kelebihan-menjadi-seorang-isteri-yang-harus-kita-ketahui/#sthash.OCmRUKp5.dpuf

Kisah Benar Taubat Nasuha


Kisah Benar Taubat Nasuha Dari Seorang Pramugari


Kisah Benar Taubat Nasuha Dari Seorang Pramugari | Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Kisah benar ini berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. ” sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”
“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah terlambat.
- See more at: http://fuh.my/kisah-benar-taubat-nasuha-dari-seorang-pramugari/#sthash.OeKG220f.dpuf