Definisi
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.
Jenis-jenis arthritis adalah:
- Osteoarthritis (OA)
- Rheumatoid Arthritis
- Infectious arthritis
- Polymyalgia rheumatica
Tanda-tanda dan gejala
- Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
- Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
- Kekerasan sendi.
- Sakit di sekitar sendi.
- Deformiti.
- Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
- Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
- Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
- sukar melakukan tugasan tertentu.
- sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
Faktor-faktor risiko osteoarthritis
- Peningkatan umur
- Kegemukan :di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
- Keturunan:terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Kecederaan sendi yang teruk:Kepatahan tulang.
- Koyak pada bahagian meniscus.
- kerosakan pada ligamen
- Pekerjaan:OA sendi lutut dikalangan pekerja.
- OA sendi paha di kalangan petani.
Perawatan
Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.
Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan
- Kaedah terapi haba
- Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
- Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
- Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
- Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
- TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
- Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.
Tentang Rheumatoid Artritis (RA)
Rheumatoid Artritis ialah penyakit kronik yang merujuk kepada keradangan pada tisu pengalas atau sinovia sendi. Ia boleh mengakibatkan kerosakan sendi pada jangka masa panjang dan menyebabkan sakit kronik, hilang upaya dan kecacatan.
Rheumatoid Artritis menular dalam 3 peringkat. Peringkat pertama ialah bengkak pada lapisan tisu sinovia yang menyebabkan kesakitan, kepanasan, kekejangan, kemerahan dan bengkak di sekeliling sendi.
Peringkat kedua ialah pembesaran dan pembahagian sel yang pantas mengakibatkan cecair sinovia menjadi pekat.
peringkat ketiga, sel yang meradang akan mengeluarkan enzim yang mungkin memakan tulang dan rawan, mengakibatkan sendi yang terlibat hilang bentuk dan kesejajarannya, lebih kesakitan dan kehilangan daya pergerakan.
Disebabkan ia adalah penyakit kronik, RA akan kerap menimbulkan masalah dan tidak akan hilang begitu sahaja. Aktiviti penyakit juga akan kerap berlaku. RA ialah penyakit yang sistemik, di mana ia boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal untuk RA jika anda ingin teruskan kehidupan yang produktif. Kajian menunjukkan rawatan awal RA yang agresif dapat mengawal kerosakan sendi, lantas mengurangkan masalah kehilangan pergerakan, meningkatkan keupayaan untuk bekerja, mengurangkan kos perubatan dan menurunkan keperluan pembedahan.
sama-samalah kita menjaga sendi kita..jangan di pandang rendah...
No comments:
Post a Comment