Duhai isteri..
Suamimu
hanyalah manusia biasa..
Dia mungkin tidak mampu menyediakan mahligai indah
buatmu, tiada kereta mewah sebagai hadiah,
tiada intan permata sebagai tanda
cinta
dan tiada harta atau tanah sebagai cagaran masa depan..
Apa yang ada di
depan mata, itulah dia..
Tidak lebih dan tidak kurang..
Jangan kerana
keterbatasan dirinya
membuatkan kasihmu hilang..
Jangan kerana kekurangan dirinya
membuatkan rasa hormatmu melayang..
Telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir,
dialah jodohmu dan dialah IMAMmu..
Kamu lihat dia seperti keras hati..
Tapi ketahuilah, dia juga menangis tanpa
kamu sedari.. Kekuatan dan kecekalan dirinya ada pada kasihmu..
Ikatlah
kuat-kuat..
Jika suamimu redha ke atasmu,
maka Syurgalah buatmu.. InsyaALLaH..
nice entry tentang isteri..insyaallah lebih memahi mr.suami kita kan...tapi mr.suami perlu juga menjaga hati isteri...alhamdulillah..perkongsian yang baik dan bermanfaat...
ReplyDeleteSalam ukhwah dari saya Lin... exchange link wif us (http://www.ibuvitaminshop.com/)