Tuesday 11 March 2014

Haram atau sunat?

Haram atau sunat?

Tak pernah lagi penulis, MURSHID EUNOS melihat pasangan pengantin yang tidak mengenakan inai ketika bersanding. Ia bagai satu budaya wajib untuk kelihatan lebih cantik. Tapi masalahnya ada pula pihak yang memandai mengatakan yang ia haram untuk dipakai. Kebenarannya?
Sudah menjadi lumrah dan budaya buat pengantin baru untuk memakai inai di jari menjelangnya hari pernikahan. Bagi pengantin perempuan, pemakaian inai ini disifatkan sebagai satu cara berhias buat bakal suami selain kelihatan lebih manis.
Generasi dulu juga percaya warna merah yang mewarnai kuku dan jari tangan serta kaki mampu membangkitkan lagi seri dan pesona kepada pengantin. Malah, pemakaian inai sebegini adalah disunatkan dan amat digalakkan di sisi agama Islam.

Bukan setakat pengantin saja, malah ada juga golongan gadis dan remaja yang mengenakan inai untuk berhias dan mengikut gaya terkini. Tapi bukanlah mengenakan inai di setiap jari saja tapi sebaliknya mereka mengenakan pelbagai corak untuk kelihatan lebih bergaya.

Bagaimanapun, ada pula beberapa pihak dan individu yang memandai mengeluarkan kenyataan kononnya mengenakan inai itu haram dan tidak baik. Bukan kerana tidak sah untuk dibawa beribadat, tapi khabarnya ia seperti mengikut budaya Hindu dan bertujuan menarik perhatian.

Sejauh mana kebenarannya? Betul ke ia tidak boleh digunakan walaupun untuk pasangan pengantin?

Terdapat beberapa larangan berkaitan pemakaian inai yang harus dielakkan. Antaranya, kadar pemakaian inai di kedua-dua belah tangan dan kaki bagi wanita adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali saja. Tidak bolehlah mengenakan inai hingga ke bahagian lengan atau ke atas seolah-olah anda mengenakan tatu lukisan badan.

Kemudian, warna inai juga tidak bersifat kekal seperti tatu dan bebas daripada bahan tidak halal. Pastikan jika anda membeli produk inai di pasaran, ia halal dan bukannya jenis campuran pelbagai kandungan termasuk dakwat kekal.

Biarpun sebenarnya pemakaian inai digalakkan pada hujung jari saja namun tidak menjadi kesalahan kepada wanita tersebut jika mahu membuat corak atau ukiran pada tangan atau kaki. Kerana ia berbeza jika mahu berhias seperti kebanyakan pengantin baru hari ini.

Bagaimanapun, hanya corak yang melambangkan daun dan tumbuh-tumbuhan dibenarkan. Sementara corak menyerupai haiwan, dewa atau gambaran yang bertentangan dengan syarat adalah dilarang kerana bimbang ia membawa maksud lain yang boleh mengundang persepsi orang lain.

Golongan wanita yang hendak berihram haji atau mengerjakan umrah turut disunatkan memakai inai sama ada mereka sudah bersuami atau pun tidak.

Ringkasnya, memakai inai di kalangan wanita bukanlah satu kesalahan. Setiap wanita yang masih belum berkahwin mahupun yang berkahwin diharuskan memakainya selagi ia tidak menimbulkan fitnah kepada yang belum berkahwin. 

Bagaimanapun apabila disentuh mengenai persoalan jika seseorang lelaki itu mengenakan inai, ia kembali kepada fatwa dan nasihat golongan bijak pandai yang mana mengatakan ia sesuatu yang tidak patut.

Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 lalu pernah memutuskan pemakaian inai bagi lelaki tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan untuk tujuan perubatan.

Kiranya, kalau seseorang lelaki itu mengenakan inai ketika ingin bersanding dan meraikan hari perkahwinannya, ia dikecualikan namun masih ada syarat dan batasannya. Namun, bagi lelaki yang mengenakan inai untuk tujuan perubatan, itu tidak menjadi masalah.

Justeru jangan mudah menjatuhkan hukuman. Inai itu tidak haram sebaliknya ia diharuskan. Cuma jangan pula kita pakai berlebihan sampai orang yang melihat pula menyifatkannya kelakar.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/07
Sumber : harian metro

Wednesday 5 March 2014

Mingguan Wanita

ASSALAMMUALAIKUM...

time rehat ni la time nak baca blog..klik..klik..blog..tertaik pada perbincangan ni...masam best ja..so i copy n paste ja kat blog ni..

rasanya..siapa2 yg da kwin mesti ada pengalam ni kan...komen cikit...



YA TUHAN: ADIK IPAR MEMBENCI TANPA SEBAB Apabila memasuki alam rumah tangga, semua wanita mengharapkan diri diterima oleh seluruh ahli keluarga mentua, apatah lagi mereka harus dianggap sebagai keluarga sendiri. Minggu ini kita berkongsi lagi kisah sedih seorang isteri apabila adik ipar terlalu membencinya... Dapatkan MW kini di pasaran!
  • Liza Saleh erkk.....pernah melaluinya....suatu masa dulu... 
  • Nor Azah ini lah asam garam berumahtangga
  • Kak Yong jenis tak pandai ambik hati kot..
  • Noraiza Suzila Mohamed cemburu mungkin...maklum le..abg dia kita dapat..aduh..ada pengalaman sorang sahabat...
  • Yana Miedy ermmm saya penah alami gak..ntah la..apa yg saya buat sume x kena kat mata dia...tp now sume da ok...doa banyak2 kat tuhan..mintak ati adik ipar tu dilembutkan..  
  • Nur-Hayati Sabry Kadang-kadang kita sebagai Manusia tak dapat Gembirakan, Ambil hati & Memuaskan hati Semua orang.....Walaupun orang yang kita sayang.... 
  • Syai Rashid susah jugak yer...yhuuu..rupanya cam2..tak alami lg...harap ok ler
  • Maszita Gani best..baru beli tengah baca ni...
  • Yuz Drama Queen hua3....tpt den lom kuar laei...;(
  • Clysne Nie sebenarnya ikut situasi, kadangkala bkn kerna tdk pandai mengambil hati tetapi sikap ipar sendiri yang keterlaluan dan egois..pernah melaluinya dan meskipun kita tidak melakukan apa2 tetap juga difitnah dan diumpat..Hanya Tuhan saja yg tahu segalanya..
  • Anna Solehah Jsd ye kot.. kena la bermanis senyum, beramah tamah ngan adik ipar...
  • Wawa Hasan xjd adik ipar lg pun kdg2 ada x suke gak,bkan kawin ngan dia pun,pelik kan,kalo yg kaya lg lah...sombong giler pangai..nti diorg jd mcm tu gak..
  • WNa MeGat Izz dah baca dah...ttgg adik ipar yg benci x pepasal.. pas tu baru 2 tahun kawin x dapat anak.. dah dituduh mandul... x logik langsung... itu rezeki masing2.. tp bila keluarga masuk campur.. suami hendaklah jadi pelindung kepada isteri..
  • Beloved B-one sabar...ujian dr Allah pasti ada jln penyelesaian nya...
  • Siti Hufaidah Mohd Shariff Sy pun pernah mengalaminya.. Puas cari punca kenapa..tp kini setelah dia berumahtangga dan alami perkara yg sama.. Itulah org kata skrg Tuhan byr cash di dunia shj..
  • Noraiza Suzila Mohamed takut kn...sedangkan tu sume allah yg tentukan...
  • Lind Akmal mcm2 ragam manusia....bila dh tekena kt diri sdr baru diaorg tau cmaner hati&perasaan kita....
  • Jubee Ling kerana cemburu
  • Noraiza Suzila Mohamed alhamdulillah..still ok ngan family mertua..tp hidup nie mcm pusingan rodakn..hrp sampai akhir hayat ok...
  • Wawa Hasan jenis ni yg kdg2 wat umah tga org pblem..sbb dia pling dekat ngan mak mentua...msti mak dia dgr ckp anak dia..
  • Noraiza Suzila Mohamed setuju..kdg2 ipar duai pun bermasalah kn...huhu..mintak selisih sume tu...
  • Noraiza Suzila Mohamed kalu situasi mcm nie..suami hrp2 berfikiran positif..jgn le suami pun sama termakan hasutan adik n mak dia kan...
  • Impaks Maksima jgn cuba jadi penyebab kepada keruntuhan sesebuah rumahtangga tersebut,biar pn org ketiga atau pn faktor2 dari kekeluargaan,kerana jika itulah yg terjadi..nauzubillahiminzalikk..tanggunglah di dunia mau pn di akhirat nnti..
  • WNa MeGat Izz setiap yg berlaku ada hikmahnye... ada baiknya terang2 nampak adik ipar benci dan x suka .. tapi lagi sakit dan tertekan kalau ipar duai ni hipolrit, depan jer manis muka.. belakang mengata...
  • Qaira Redza aku ader sorang adik ipar pompuan yg bodoh sombong, x boleh ditegur, perasan bagus wlaupun x pandai mane, n agak kurang ajar mulutnye bile bercakap dgn abangnyer 2 (laki aku)..ader satu ari 2 die berckp kurang ajar dengan mak aku..nsib baik x kurang ajar ngan aku, kalau x laju jer ko dpt penampar sulung..jadinyer, terus aku naik hot satu badan dan aku sruh laki aku hantar die blk kmpg..biar die duk kt kmpg 2 jadik katak bwh tempurung lagi baik..ader aku kesah ape nk jadik ngan ko, lantak ko lah...xnak dengar psl ko lagik...bikin org panas ati jer..
  • Yuz Drama Queen saye plak bkn ipar...tp aderler...sombudy(frm my hubby side) jelez or berlagaks kat saye xtentu pasal...'ader aku kesah'...hu3;p
  • Haflida Zazul dengkilah tuh! xleh tgk org lain sng....walaupun diri tu sendiri hampeh....fakta ok!
  • Mazlin Jamal Ima Rida: saya sgt2 bersetuju dgn pendapat awak!!!
  • Normala Sudin Biasalah tuh, adat dunia, masa tu giliran kiter, sampai masa nanti giliran dia plk, takut lebih lagi dari tuh, dia terima
  • Izzah Farizah syukur alahamdullilah dengan apa yang ada pda diriku.....namun suka atau tidak bila berhadapan dengan ipar duai , kita sebagai menantu terimalah seadanya keluarga baru kita...tersalah, terasa, berkecil hati itu adat biasa adik beradikpun berlaku...jaga mulut, ikhlas , insya Allah.....
  • Kikin Chanchan alhamdulillah...sy masih belum berumahtangga tetapi bakal bertunang..sudah beberapa kali pergi ke rumah orang tua lelaki untuk berkenal kenalan dengan keluarganya.....sy diterima baik oleh ahli keluarganya..harap berkekalan hingga berumahtangga kelak.. Amin...
  • Nor Aziana Yana BG SAYE SEBALIKNYE PULAK... KAKAK IPAR X SUKE DENGAN KELUARGA KAMI SEJAK MELAHIRKAN ANK NYE YG SULUNG..
    LANGSUNG X KASI FAMILY KAMI PEGANG ANK DIA.. YG BLH PEGANG BELAH FAMILY NYE SAHAJA..SUNGGUH BEGITU KAMI X AMBIL HATI HINGGA DIA TERMALU SENDIRI...
  • Impaks Maksima kite nk tgk org lain,kite kena tgk diri kite dulu,betul ke tidak..jaga kain sendiri dulu..kain kite senteng ke,labuh k..baru lah boleh tgk kain org lain..ni kain kita sendiri pn singkat paras peha,kita nak kata org lain kain paras lutut..padahal dh ter...See More
  • Zaizura Zailan sy sedang memamuinye sekarang.....so sad..... :((
  • Asiah Khan lantak p je, lama-lama lupa. jika kita ambil berat sbb tu ia jadi masalah, cuba buat tak tau, banyak hal lain lagi penting...
  • Kikin Chanchan ibu sy penah dihina oleh adk iparnya... Mase tu sy kecik lg...tp sy fhm knp ibu slalu menangis sbb mulut maksu yang jahattttt sgt... Smpai skarang sy masih benci kat maksu yang x kenang jasa ibu sy n selalu hasut nenek (ibu kpd ayh)... skali lg maksu b...See More
  • WNa MeGat Izz Aurelia Allisya: Tq... 
  • Maszita Gani syukur pada Allah..walaupun sye da 3 kak ipar,4 abang ipar, 3 adik ipar...semua nya baik ngan sye...dr kita je la..pandai2 la layan ngan dorang..
  • Puan Eija Niekitaz sebab tu kdg-kdg ada orang yg takut nak kawin bila dok pikir benda2 gini
  • Nor Suzaini kita kena tempuhi nya walaupun ianya pahit.....x semua orang suka apa yg kita buat .....
  • Nor Asiah Adam kenapa la nak benci kakak ipar....ingat diri sendiri tu bagus sangat ker....susah kalau nak fikirkan semua orang...kalau saya senang jer...kalau kau tak suka itu kau punye pasal asalkan abg kau suka aku...sudah!!!
  • Norlidyana Surbani nor asiah: betul jgk tu hehe,,mmg pernah terjadi,, salah satu faktor mgkin adik ipar tu cemburu,,, lagi2 perempuan sama perempuan,, mgkin dia x ada apa yg kita ada,,, tu yg jeles membawak ke benci tu
  • Rozana Ismail rozana gak: nape mcm2 jd kt kaum pompuan. pelbagai mslh yg kita dgr. apakah kesalahan kita(pompuan)? tolong jawab...
  • Dizah Ab mungkin masih baru,belum mngenali hati budi masing2,lama2 nnti ok le tu...
  • Meila Jaqs hidup ini realiti bukan fantasi..mesti melalui tawa,sedih.duka gembira...tu sume kan nk mematangkan diri kita....kita x leh puaskn hati sume orang...
  • Linda Ali biasa la manusia....mesti ada yg tak kena
  • Nor Rosepinie No komen adk ipar sy baik2 belaka.g2 jgk dgn sedara mara..walaupun dah 8 thn kwin.Alhamdulillah...
  • Zurrinah Shaharum memng lmrah hdp sebelum merasa senang hrs tmph susah...kena bnyk bersabr dan pndi memain kn peranan..supaya dri kita tk terus trpinggr.yg pentng suami fhm kita...
  • Azza Nizam keadaan yang biasa.....tak kenal maka tak cinta
  • Hanna Kepin selalunya..adik ipar perempuan..macam tu..tak tau pula lelaki...?klu pompuan..pendapat saya..agaknya dia cemburu sebsb perhatian akan beralih kepada kak ipar...lebih2 lagi kalau kipar tu cantik..mesti jatuh saham dia dalam rumah...ha..ha..jgn mara....gurau je...
  • Nora Zainudin Mahu yg terbaik~~ Syukur
  • Hazrina Binti Zainal ipar duai kena terima kehadiran kita dlm keluarga mrk.. Suatu hr nnti mrk akn berada disituasi yg sm mcm kita gak..
  • Lyiana Jaafar sshla klu cm2,sume org takut nk kawin nnti.tp wlu pe pun,xpttla wt cm2.nnti u all pn akn kawin gak,ingt2 ckit!!!
  • Amir Ibrahim Mohamad Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
  • Kak Long rapat sgt dgn adik ipar...xde ape yg nk di dengkikn...sb dh jd satu family...sy dgn adik ipar mcm adik beradik...satu kepala...giler2...selalu mendoakan yg terbaik buat mereka..insyaallah..amin.......
  • Nora Zainudin kAK LONG= Betul3... Amin...
  • Iwa Hmt susah nak puaskan hati semua org...
  • Nur Kasih Tunggu MW cover Erra Fazira dan Engku Aleesya.....bila ye nak kuar??
  • ANa MaRia saya stuju pe yg hazrina katakn.ipar duai kenaler terima kehadiran kita,sbb pasti mereka akan merasa seperti situasi kita
  • Judith J. Smith sy ade 2 org adr ipar pompuan n husband sy abg slung diorg...yg bestnyer kitorg satu kpala n ngila2 skt...masa mula2 d prknlkn sblm kawin dulu kitorg memang dh ngam, kamcing plak tu..so 8 thn kawin sampai la nie tkde pa2 masalh...ade gk t'gigit tp settle cara baik...tk baik gaduh sama pompuan...bg sy senang jer nobody is perfect!!
  • EeNa ReEna Semerbak wangi sepanjang hari.Dhia Perfumes inspirasi terkini khas untuk anda dan si dia!Hanya RM20 setiap set.Dapatkan set anda hari ini dan wangikan hari-harimu...
    Terdapat 6 set wanita,4 set lelaki,2 set couple.Ia tahan lama,24 jam pada badan dan 3 
    ...See More
  • Zoeza Azzy saya pun ada gak pengalaman ipar duai ni plus mak mertua lagi. Tapi bila kita memang jujur untuk menjadi isteri solehah dan tk pernah niat yg tk elok ngan diaorg, lama kelamaan diaorg akan jadi malu alah. Sentiasa brdoa supaya semua disekeliling kita j...See More
  • Zoeza Azzy buat baik brpada2 , buat jahat jgn sekali. Biar lah kalo dia nk benci pun, bukan nya boleh dia buat apa2 pun.
  • Mariah Musa entah la apa nak jadi.....memang pedih hidup dibenci
  • Yusniey Mohd kadang2....benci gak org buat x tau,,,kat kita,,,siapa lah kita nie...malas nak layan,,,,,,,,,
  • Noor Ar Fizna Abdullah BIARKAN..ASAL KITA BAHAGIA...KES CEMBURU NI......
  • Faridah Abd Karim u cannot pleased everyone.buat la yg termampu
  • Puteri Bonda perkara ini byk tjd. kdg2 pd pmulaan smua baik. bila dh rapat dn d sygi sgl teguran x d terima lg. emak mntua masih tmkn hasutan anak walaupn dia mnyedari hakikat sbnr dn tetap menangkn ank sndr...
  • AnnurLiya Ghani dah beli tp blum sempat nak baca hee
  • Hayati Razali kes cemburu nie...
  • Acu Da jgn kita layan buat x tau sudah....hbs citer..klu kita layan...kita yg tensen....
  • Rosalind Isma Ismail Terjumpa forum ni secara tak sengaja walaupun dah 4 tahun. Masalah dgn adik ipar tak pernah settle sejak saya berkahwin 6 tahun lepas. Dihina, disabotaj, difitnah, ditolak tapi tak boleh buat ape sbb dia yg paling spoiled dlm keluarga. Dah tak larat bergaduh dgn suami yg nak act neutral je. Nasib baik dah tak tinggal sebumbung. Aman sikit!! Dengan wife2 my brothers takde crisis pun. Ini semua personality masing2.
  • Erik Atok Kejamnya abang ipar gara-gara hasutannya saya telah diputuskan silaturahmi oleh abang ipar saya.