Wednesday, 15 January 2014

7 Prinsip Penting Menyimpan Wang

15 JAN 2014

dok bz 'menyelongkar' blog orang lain..tetiba sy tertarik dengan 1 n3 dalam blog ni..n3 ni bukan la pasal artis pn,tpi lebih kepada pengurusan kewangan..mungkin anda yang sedang membaca blog ni sama sepeti sy juga..jom kita sama2 baca..dan amalkan..( sy just copy n paste je.)hehehe




7 Prinsip Penting Menyimpan Wang


Post image for 7 Prinsip Penting Menyimpan Wang
Masa mula-mula nak menyimpan, saya selalu tunggu duit lebih. Kalau ada lebih baru simpan. Kalau lebih banyak, simpan banyak. Kalau sikit, simpan sikit. Tapi sebenarnya itulah kesilapan pertama bila nak menyimpan. Kalau tunggu duit lebih, alamatnya sampai bila-bila pun tak akan menyimpan. Sampai bila-bila pun tak ada lebih. Masa mula-mula kerja, gaji RM1,600 rasa tak cukup. Tapi bila gaji dah                              berganda pun masih rasa tak cukup.
Masa dapat hasil bisnes pun sama. Bila dapat hasil, saya senaraikan dulu duit tu nak belanjakan ke mana. Last sekali baru cek berapa lagi baki yang boleh disimpan. Tapi teknik ni memang proven ianya silap. Memang tak akan berbaki pun. Bahkan tak cukup. Akhir sekali baru saya faham prinsip penting bila nak menyimpan;potong dulu, belanjakan selebihnya. Bukan belanja dulu, simpan selebihnya…

Bukan Pendapatan, Tapi Jumlah Simpanan

Sekarang ni, bila dapat hasil bisnes, saya akan potong siap-siap untuk disimpan. Saya target 50% hasil bisnes mesti disimpan. Selebihnya baru boleh buat belanja. Duit gaji bulanan pun sama. 10% mesti bayar diri sendiri dulu – tambahkan simpanan. Selebihnya baru guna untuk bayar orang lain – belanja bulanan. Tapi macam mana nak simpan kalau duit tak cukup? Pengalaman saya, kalau simpan, duit tak cukup. Kalau tak simpan pun, duit tak cukup juga untuk berbelanja! Jadi, lebih baik menyimpan.
Menyimpan sebahagian daripada pendapatan memang tabiat wajib kalau nak kaya. Bak kata Irfan Khairi, kekayaan bukan berapa banyak income yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita simpan. Lepas amalkan tabiat menyimpan, memang saya rasa duit belanja bulanan tak cukup. Sama macam orang lain juga. Masuk tengah bulan jer, poket mula pokai. Mula la ‘korek’ duit sana sini. Tapi bila kita menyimpan, pokai kita tak sama macam orang lain. Saya selalu istilahkan sebagai “pokai berduit”. Pokai, tapi ada duit.
dinar emas jongkong emas public goldSimpan emas salah satu cara berkesan elak kebocoran wang simpanan.

Pokai Berduit

Kenapa banyak menyimpan tapi masih pokai? Sebab kita kena disiplinkan diri dalam menyimpan. Duit belanja bulanan kena bajet siap-siap berapa amaun untuk dibelanjakan. Duit simpanan tak boleh disentuh melainkan untuk tujuan khas simpanan. Duit simpanan kecemasan tak boleh disentuh, melainkan untuk kecemasan. Duit simpanan untuk bisnes, tak boleh disentuh melainkan untuk bisnes. Itulah prinsipnya. Tapi kalau sentuh juga duit tu, maksud kita dah “pecah amanah” pada kewangan sendiri! Hukumannya ialah lambat kaya!
Ada seorang multi-millionaire yang saya kenal bulan lepas; pakai sempoi jer macam ‘tukang kebun’. Naik kereta ke sana ke mari pakai Honda Accord tahun 1990-an. Duduk rumah setinggan. Tapi aset dia puluhan juta! (Itu baru nama zuhud). Kalau bab sedekah, memang dia tak berkira. Tapi kalau untuk diri sendiri, memang berkira sangat supaya jangan sampai duit terbocor kepada benda yang tak perlu. Setiap sen duit dibelanja mesti dia rekod. Resit beli di 7-Eleven pun dia rekod! MasyaAllah…

Gaya Hidup Golongan “Cash Rich”

Memang patutlah dia kaya raya. Dia memang berdisiplin dalam berbelanja. Sangat berhati-hati takut duit terbocor kepada yang sia-sia. Kesilapan ramai daripada kita, penat pagi petang cari duit, tapi lupa duit yang kita cari terbocor pada belanja yang entah ke mana.
kereta mark zuckerbergPengasas facebook Mark Zuckerberg cuma pakai kereta Honda bernilai USD20,629 (RM63,131) walaupun kekayaannya bernilai USD15.86 billion.
Dah dekat 3 tahun saya terlibat jual beli emas. Saya berpeluang berjumpa ramai orang yang “cash rich” – banyak simpanan tunai. Saya perhati, orang “cash rich” ni kebanyakkannya jenis low profile. Pakai kereta biasa jer. Hidup macam orang biasa jer. Hidup tak nampak bergaya. Agak cermat bila berbelanja. Tapi duit simpanan cukup untuk dia tidur lena. Bak kata orang, letak kepala jer terus lena… Peace of mind. InsyaAllah.

7 Prinsip Penting Menyimpan Wang

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan. Saya sendiri pun amalkan prinsip ni dan memang berkesan, alhamdulillah. Antaranya;
#1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.
#2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.
#3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!
#4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.
#5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta! Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, insyaAllah.
#6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.
#7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang, tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan. Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful contohnya; simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan dsb), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan dsb.
Itulah 7 prinsip penting menyimpan wang. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita amalkan, insyaAllah.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2013/08/7-prinsip-penting-menyimpan-wang.html#ixzz2qSHbXFna

Thursday, 9 January 2014

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam



Ni ada 1 g nak share dgn kengkawan semua..

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memoto
ng kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

#sumber#  Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim




Beza Antara Lelaki & Wanita


Lelaki 

* Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang    ditanggung oleh bapanya. 

* Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang 
   belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

* Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia 
   tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,
   manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya 
   Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh 
   suaminya. BERATKAN??! 

* Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh 
   membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan 
   pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami 
   perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya
   seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan 
   lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-
   dosa yang ditanggung. 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

---------------------------------------

Wanita 

- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
- Saksinya kurang berbanding lelaki. 
- Menerima pusaka kurang dari lelaki. 
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. 
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

** Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama 
     dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang 
     dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada 
     suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk 
     menyara isteri dan anak-anak. 

** Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia 
     didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,   
     dan  matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun 
     ALLAH (dosa kecil).
 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 
MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH pada wanita ....

** wanita sebenarnya senang nak masuk syurga..tpi mereka payah nk buat perkara2 
     senang tu yg bolehkn kaum mereka masuk syurga..jadi pemimpn2 keluarga kena
     bantu bimbing ubah kaum hawa ni utk jadi lebih baik sama2 ke syurga..