Wednesday, 19 June 2013

Mendalami 'Peace'

‘Peace’, satu simbol yang selalu diekspresikan ketika bergambar. Boleh dikatakan ia antara ‘pose’ wajib bagi setiap orang kalau kehabisan idea untuk bergaya ketika merakam gambar. Simbol ini bukan seperti ‘trend’ yang datang dan pergi tetapi ia kekal hingga kini walaupun pelbagai generasi sudah dilalui.

Tanpa mengira peringkat umur, lambang ‘peace’ boleh dianggap seperti legasi sejak turun temurun. Ia ibarat tabiat semula jadi yang wujud dalam diri setiap manusia. Adakah anda tergolong antara mereka? Jika dilihat kembali, anak kecil yang berumur empat dan lima tahun juga tahu membuat gaya ‘peace’ ketika bergambar. Mungkin diajar ibu bapa dan mungkin juga terpengaruh dengan orang sekeliling. 

Maksud ‘Peace’
Meskipun ia merebak menjadi budaya kekal namun sejauh mana kita faham mengenai lambang ‘peace’ ini. Makna sebenar ‘peace’ merujuk kepada Wikipedia, ia adalah lambang perdamaian. Sepanjang sejarah dunia, beberapa simbol sudah digunakan namun dikatakan lambang merpati, ranting pokok zaitun dan lambang melucutkan senjata nuklear adalah antara yang terkenal digunakan. Tanda lain yang sering digunakan sebagai lambang perdamaian termasuklah tanda V (V sign) yang bermaksud kemenangan (victory). 
Simbol keamanan pada mulanya digunakan sebagai simbol pelucutan senjata nuklear oleh gerakan anti-perang. Direka Gerald Holtom, pada 21 Februari 1958, simbol ini adalah kombinasi isyarat bendera untuk huruf N dan D. Ia juga singkatan dalam bahasa Inggeris untuk perkataan ‘Nuclear Disarmament’ atau pelucutan senjata nuklear.

Jika dibandingkan pengisian maksud keamanan dalam diri setiap manusia agak rumit. Setiap peringkat umur mempunyai tahap peredaran sejarah yang berbeza. Semakin lama dia hidup, semakin mendalam inti pati maksud ‘aman’ yang dia tahu. Walaupun begitu, makna sebenar simbol ‘peace’ ini tidak akan pernah berubah sejak berabad lama.


Sejarah di seluruh dunia,

Semasa Perang Dunia Ke-2, bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill menggunakan lambang V sebagai tanda kemenangan terutamanya sewaktu ucapan rasmi beliau ketika pilihan raya. Di Amerika Syarikat pula, lambang V menjadi popular semasa gerakan keamanan sekitar 1960-an.

Difahamkan bermula 1972, Olimpik Musim Sejuk di Hokkaido, Jepun menyaksikan Janet Lynn iaitu skater Amerika Syarikat yang terikut budaya pop Jepun mendapat tempat ketiga dalam pertandingan dianjurkan. Keceriaan dan perwatakannya yang ‘gila-gila’ menarik hati penonton Jepun. Dan dikatakan, semasa menjadi aktivis keamanan, Janet sering menggunakan simbol ‘peace’ di depan media Jepun sehingga diangkat menjadi pelopor lambang ‘peace’ di Jepun.

Ada juga teori yang mengatakan lambang V ini bermaksud dua. Dalam bahasa Jepun, nombor ‘dua’ disebut ‘ni’. Dan menurut sumber, difahamkan kebanyakan perkataan yang membawa maksud senyuman bermula dengan ‘ni’.


Ikut suka hati

Sejarah dunia banyak berkait dengan lambang ‘peace’ ini tetapi bagi setiap individu, sejauh mana pengertiannya dalam diri sendiri? Mungkin kebanyakan daripada kita hanya tahu membuat gaya ini tanpa mengerti maksud lebih mendalam tetapi jika tahu makna keamanan, ia sudah memadai. 

Tidak ada posisi badan ataupun kedudukan tetap untuk bergambar dengan gaya ‘peace’. Boleh jadi senget, terbalik dan sebagainya. ‘Posing’ dengan tunjukkan lambang ‘peace’ ketika bergambar bukan lagi kebiasaan tetapi apabila digayakan dengan cara yang aneh, mungkin boleh menarik perhatian ramai. Ramai di antara kita cuba untuk menjadikan ‘pose peace’ sebagai gaya comel termasuklah artis wanita K-Pop. Jadi, lakukan kelainan ketika bergambar, anda boleh mencuba gaya ini dengan posisi yang berbeza seperti kebiasaan ataupun di lokasi yang mencabar keamanan diri sendiri.


“Saya tanya anak dan pelajar kenapa buat simbol ‘peace’ ketika bergambar, mereka jawab tiru stail artis pop Korea. Ketika kecil, kami menunjukkan simbol ‘peace’ dengan kefahaman yang tinggi mengenai kedamaian. Bila lori askar melintas, kita tunjukkan simbol ‘peace’.

“Walaupun asal simbol ini dikaitkan dengan gerakan hippies ketika itu tetapi kenapa kita tidak boleh ambil satu kefahaman yang sejagat yang memperjelas simbol itu mengajak kita supaya jangan bergaduh dan berperang. Saya tak anggap kita mengambil yang buruk dari situ.”
-Seniman Prolifik, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Zulkifli Yusoff




7 simbol atau isyarat tangan ketika merakam gambar

1. Simbol ‘peace’


Simbol ‘peace’ ini dilakukan menunjukkan keceriaan dan keseronokan seseorang apabila bergambar. Mereka akan melakukan simbol ini secara spontan dan dikatakan simbol ini menunjukkan ilusi perdamaian dan keamanan. Apabila membuat simbol ini ketika bergambar pasti mudah untuk tersenyum. Simbol ini menggunakan jari telunjuk dan jari tengah yang seakan bentuk huruf V. 


2. Simbol ibu jari ke atas

Simbol ini untuk menunjukkan tahap pencapaian seseorang yang bagus atau cemerlang lalu membuatkan orang sekeliling memberi isyarat tangan ini. Isyarat ini juga bermaksud syabas atau hebat bagi masyarakat di negara Jerman dan bagi masyarakat Mesir pula bermaksud baik atau sempurna. Manakala maksud sebaliknya bagi negara Iraq, dikatakan simbol ini memberi isyarat lucah dan bersifat negatif. 


3. Simbol ibu jari ke bawah

Isyarat tangan ini bermaksud sama ada bersifat negatif atau perasaan sedih seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara bagi meluahkan perasaan mereka. Simbol ini juga menggambarkan kekecewaan dan kekalahan. 


4. Simbol rock

Simbol ini kebiasaannya digunakan ketika persembahan penyanyi rock tempatan atau luar negara yang menghiburkan penonton, apabila terlalu leka dengan hiburan yang didedahkan mereka akan menunjukkan simbol ini dan ada juga ketika bergambar menggunakan simbol ini. 


5. Simbol ‘OK’

Simbol ini bagi menggambarkan perasaan seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara yang gembira dan selesa untuk berhadapan dengan sebarang situasi. 


6. Simbol ‘frame’

Untuk menunjukkan wajah mereka semata-mata ketika bergambar dan kebiasaannya hanya bergambar seorang diri. Simbol ini memerlukan kedua-dua belah tangan dan menunjukkan segi empat tepat. 


7. Simbol ‘loser’

Menunjukkan kekalahan berkaitan dengan hal tertentu, kemudian mereka akan menunjukkan wajah yang sedih untuk meluahkan ekspresi wajah itu.

Penatnya marah

Memetik definisi Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) menakrifkan marah sebagai berasa panas hati (kerana ditipu, dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Tetapi perkataan murka di dalam kebudayaan Melayu biasanya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi dan juga Sultan.

Itu hanya definisi yang menceritakan maksud sebenar ‘marah’ ini. Tapi apa sebenarnya kisah marah dalam bentuk rencana yang mungkin lebih mudah difahami kerana sikap ini (marah dan seorang pemarah) adalah sesuatu yang semula jadi dalam diri setiap individu. 
Marah bukanlah satu perkataan baru bagi kita dan sudah tentu semua pernah merasai marah. Marah boleh dilihat di mana saja terutama sekali di jalan raya. Marah boleh menghasilkan banyak perkara di luar jangkaan.

Jika kita baca akhbar, ada saja cerita mengenai akibat daripada berlakunya kemarahan baik dari aspek pergaduhan, kemalangan hinggalah kepada insiden luar biasa. Bahkan ada sampai meragut nyawa.

Mungkin mereka yang marah tidak berniat untuk meragut nyawa orang lain, tetapi marahnya membuatkan kewarasan seseorang itu hilang tenggelam dibawa emosi. Hanya sesalan yang mampu dikatakan.

Apa yang sering kali membuatkan marah? 

Kebiasaannya kesesakan lalu lintas, ada pemandu tidak berhemah memotong sesuka hati ataupun perkhidmatan lambat membuatkan orang  lekas ‘naik hantu’. Tidak menariknya, mereka mudah mengeluarkan kata kesat dan ada sebahagiannya yang melepaskan rasa marah dengan perlakuan fizikal. 

Belum lagi insiden di kedai makan atau restoran mamak yang ada kalanya lewat mengambil pesanan makanan atau tersalah menyediakan makanan yang diminta, ia bagai sudah tradisi membuatkan ramai yang cepat melenting dan memarahi ‘ane’ yang bertugas. 

Itulah senario yang biasa dilihat atau kita dengar mengenai punca berlakunya marah.

Jenis marah

Individu jenis ini dikategorikan orang yang marah atau pemarah ini kepada dua jenis :-

Pertama adalah pemarah
Jenis pemarah adalah kategori yang kerap kita jumpa. Mereka yang duduk dalam kelompok ini cukup senang untuk marah. Emosi mereka ini tidak berada dalam keadaan stabil. Apa saja yang tidak kena di mata mereka akan mencetuskan kemarahan. 

Mereka juga sering marah tanpa usul periksa. Sering kali berlaku apa yang mereka marahkan adalah perkara yang tidak patut dimarahi dan perkara yang benar. Selepas rasa kemarahan mula kembali normal, mereka mula sedar akan kesilapan diri dan ini membuatkan mereka malu sendiri. 

Meskipun begitu, ego membuatkan mereka menolak untuk melakukan permohonan maaf atas kemarahan yang ditunjukkan sebelumnya. Itu adalah normal dan acap kali berlaku apabila seseorang individu begitu berat memohon maaf. 

Kategori kedua pula adalah panas baran.
Ramai orang menjadikan kelompok pemarah ini sama dengan kelompok panas baran. Tapi sebenarnya secara kasar dan luaran, ada bezanya.

Orang yang panas baran adalah orang yang rasional. Orang yang panas baran tidak marah sekerap orang pemarah. Mereka sebolehnya menahan api kemarahan di dalam diri. Namun apabila mereka mula marah, api kemarahan itu akan menjangkau imaginasi kebiasaan hingga banyak perkara akan berlaku. 

Orang yang pemarah akan menzahirkan marah itu ditonjolkan dengan mulutnya yang bising. Mereka akan mengomel dan meninggikan suara hingga marah mereka mula kendur. Orang yang pemarah akan mengambil masa lama untuk meredakan apinya.

Berbeza si panas baran, sikapnya adalah api besar yang menyala terus hingga luahan fizikal berlaku. Orang panas baran akan menunjukkan api kemarahannya dengan aktiviti fizikal dan ia boleh membawa kecederaan pada orang lain atau kerosakan pada harta benda. Namun mereka cepat reda tetapi keredaan itu berlaku selepas wujudnya kerosakan fizikal.

Nyata, marah ini ada dua jenis yang membawa kepada amalan perlakuannya. 


Impak marah

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mendatangkan hasil yang baik. Bahkan si pemarah lama kelamaan akan bertukar menjadi orang yang panas baran apabila api kemarahan dikumpul di dalam diri.

Apakah yang mereka rasakan selepas api kemarahan itu dikeluarkan? Jarang sekali mendengar sesalan daripada mereka kerana pada si pemarah, mereka duduk di pihak yang betul.

Tidak adakah jalan penyelesaian selain menggunakan api kemarahan? Sering kali jawapan yang diterima mereka tidak dapat mengawal kemarahan mereka dan ada kalanya tidak sedar ketika melakukan amalan marah.

Apa yang mereka rasai apabila selesai mengeluarkan kemarahan adalah keletihan. Sama ada mereka seorang pemarah atau orang panas baran, mereka tetap akan merasai keletihan cuma nilai keletihan itu yang berbeza.

Keletihan yang berlaku akibat kemarahan bukanlah sebaik keletihan yang terhasil daripada bersukan. Apabila kita bersukan, keletihan itu tidak bersama emosi negatif dan ia membuatkan fikiran semakin cerah. Fikiran yang cerah membawa kepada keceriaan.

Apabila keletihan akibat kemarahan, ia membunuh keceriaan dan penat yang terhasil adalah negatif semata-mata.

Bukan lagi satu mitos mahupun andaian, tapi rezeki orang senang marah mahupun panas baran sering tersekat-sekat atau mungkin kurang dan boleh jadi juga cukup memeritkan. Ini kerana api kemarahan itu mengecilkan wadah atau bekas rezeki seseorang.

Oleh yang demikian, seseorang itu perlu menguruskan api kemarahan yang ada dalam diri. Apabila api kemarahan diuruskan dengan betul ini tidak bermakna hilang terus kemarahan daripada diri seseorang.

Marah tetap wujud tetapi kali ini ia cukup sukar terbit dan marahnya juga adalah marah berhikmah, yang hanya marah apabila ia membabitkan isu-isu yang besar dan maruah diri atau agama.

Langkah awal untuk menguruskan api kemarahan adalah dengan menjaga jenis pemakanan. Apabila kita memakan makanan yang boleh mencetuskan emosi seperti organ dalaman dan makanan yang pedas, ia akan menambah emosi sedia ada. 

Akibatnya, api kemarahan dalam diri akan bertambah dan cukup mudah membakar diri. Selain itu seseorang itu mesti kerap bersentuhan dengan air. Justeru itu apabila marah kita perlu wuduk.

Pengurusan marah itu juga boleh dimulakan dengan menjaga jumlah air yang diminum. Mereka yang banyak minum air atau banyak mandi, insya-Allah dapat mengurangkan api kemarahan.

Ingatlah, marah hanya membawa keletihan dan kecelakaan pada rezeki anda. Mengapa perlu melenting dan marah jika ada jalan untuk menyelesaikan sesuatu perkara. ‘Chill’ lah sikit untuk memastikan senyuman sentiasa terukir. Itu lebih manis!

Baginda SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawasanya, bukanlah orang yang kuat itu selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.

Ada apa dengan peplum

Kepelbagaian corak dan warna peplum menarik perhatian remaja wanita. Dengan kebanjiran fesyen peplum, mereka ‘gelap mata’ untuk memilih dan tidak terkejut permintaannya begitu tinggi.
Busana peplum ini juga tidak semahal mana malah ia boleh digayakan tidak kira masa dan tempat. Di majlis pertunangan atau kenduri misalnya, ramai yang menggayakan peplum dengan corak kain yang bersesuaian mengikut tema.

Fesyen peplum ini dikatakan sudah digayakan berabad lalu, sejak kegemilangan seniwati Allahyarham Puan Sri Saloma.
Foto

Peplum adalah rekaan lama yang kembali menonjol dan mendapat tempat di hati golongan muda. Walaupun kini banyak fesyen pakaian yang lebih moden dan cantik, tetapi fesyen lama ini berkembang kembali.

Wanita muda pada zaman 60-an, ramai menggayakan peplum yang dikatakan amat sesuai digayakan di majlis-majlis tertentu. Peplum mempunyai pelbagai jenis termasuk berlengan panjang dan pendek. Ke pejabat juga boleh digayakan, tiada masalah. Kalau yang lebih kreatif, ia juga boleh digayakan dengan blazer, blouse dan jaket. 

Rata-rata peplum mempunyai bentuk kembang atau kelopak bunga di pinggang untuk memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh yang lekuk. Kini ramai selebriti terkenal sama ada antarabangsa dan dalam negara yang menggayakan busana ini seperti Kim Kardashian dan Kate Middleton. 

Busana ini juga boleh dipakai bersama ‘legging’, mini skirt, kain panjang dan ‘skinny jeans’. Wanita yang bertubuh gempal pula boleh memilih warna yang agak gelap untuk menimbulkan kesan ramping pada pinggang. 

Bagi mereka yang bertubuh sederhana, boleh memakai baju ini mengikut keselesaan sendiri dan elakkan daripada memakai yang terlalu kembang kerana ia akan menampakkan tubuh lebih besar. 

Peplum juga boleh digayakan dengan tali pinggang kecil untuk nampak lebih ringkas dan stailo. Baru nampak lebih remaja! 

Selalunya ia menggunakan jenis kain lycra yang mudah melekat pada badan, jadi untuk mengelak rasa tidak selesa, mereka boleh memilih saiz yang lebih besar, supaya tidak terlalu kelihatan bentuk tubuh badan. 

Christian Dior adalah perancang kepada busana peplum dengan rekaan pelbagai corak dan warna pada tahun 1947. Beliau ingin memperkenalkan peplum supaya kelihatan berbeza dengan jenama lain.


Tujuh kesalahan remaja dalam fesyen

1. Memakai pakaian dengan ukuran lebih kecil

Pemakaian baju yang ketat akan membuatkan penampilan seseorang itu kelihatan seksi. Tidak salah memakai baju ketat untuk mengikut bentuk tubuh badan, namun haruslah berwaspada dan tidak terlalu memaksa diri sehingga berasa tidak selesa. Silap-silap langkah, penampilan boleh nampak cacat.


2. Terlalu banyak corak

Hindari daripada memakai pakaian yang terlalu banyak corak. Contohnya memakai baju yang bercorak dan tudung juga bercorak, ini akan kelihatan serabut, macam dalam semak. Jangan marah kalau tiba-tiba orang ketawakan kita. Cuba padankan baju yang bercorak dengan tudung warna kosong agar anda lebih manis dipandang. Berikan kesan kontra kepada penampilan anda. 


3. Bijak dalam memilih warna pakaian

Bermain dengan warna dalam penampilan memang tidak mudah, namun itu tidak bererti kita perlu memakai warna dari atas sampai ke hujung kaki dengan warna yang sama. Dari situ penampilan anda akan nampak pelik dan aneh, seolah-olah ada objek bergerak bila anda berjalan. Seperti warna hitam, anda akan nampak lebih tua dari umur dan seolah baru pulang dari majlis kematian. Manakala warna merah pula kelihatan anda terlalu menyerlah berbanding orang lain. 


4. Pakaian dalam

Sesuaikan baju dengan pakaian dalam yang kita pakai. Contohnya memakai baju putih berkemeja dan mengenakan pakaian dalam warna hitam, ini akan menampakkan pakaian dalam anda lebih menonjol dan memberikan impak buruk kepada anda apabila dilihat oleh orang sekeliling. 


5. Kasut yang cantik dan bersih

Pemilihan kasut juga penting untuk dipadankan dengan pakaian. Apabila warna tidak sepadan, di antara pakaian dan kasut pasti anda akan kelihatan janggal dan aneh. Kesalahan paling besar apabila anda mengenakan kasut yang kotor dan berlumut. Ini akan merosakkan penampilan anda. 


6. Terlalu banyak memakai perhiasan

Memang benar pemakaian aksesori atau perhiasan adalah pelengkap kepada penampilan seorang remaja. Aksesori ini akan menonjolkan anda kelihatan lebih cantik dan bergaya manis. Namun jangan terlalu memakainya terlalu banyak. Seperti memakai cincin dan anting-anting, tetapi jangan pula menambah dengan memakai aksesori rantai leher dan lain-lain kerana itu akan merosakkan penampilan! 


7. Memakai fesyen yang sama berulang kali

Sebahagian daripada kita memang suka apabila menggayakan fesyen yang sama. Contohnya memakai jeans dan baju-T setiap waktu. Kadang-kadang akan memberikan kebosanan kepada seseorang tetapi cubalah dalam memberi pembaharuan kepada fesyen dan gaya anda supaya nampak lebih anggun dan kacak.


Monday, 17 June 2013

KERANA MULUT.....

Bibir yang melengkapkan keseluruhan struktur mulut adalah satu senjata tajam yang dimiliki manusia. Namun perlu kita ingat yang senjata tajam ini juga mampu menjatuhkan si pemiliknya sendiri jika salah percaturan.
Lantas, peringatan yang acap kali dikatakan, kita perlulah menjaga senjata ini dengan baik agar tidak memakan diri atau memudaratkan kepada perkara lain hingga meninggalkan impak tidak baik. 
Kiranya, ada orang yang menggunakan mulutnya dengan baik untuk bersuara sesuatu yang positif dan selebihnya hampir majoriti hari ini, individu yang lebih menjurus kepada aspek negatif seperti mengata, mengutuk, menjatuhkan hukum dan mengumpat menggunakan mulut sendiri.

Realitinya yang jarang sekali diberi perhatian adalah bagaimana proses mulut itu bersuara. Bibir mengukir kata selepas fikirkan didorong untuk melakukannya. Justeru, pangkal kepada segala cerita adalah otak sendiri.

Hubungan manusiawi ini dapat mengungkap corak pemikiran seseorang itu sama ada mereka duduk dalam kelompok manusia yang positif pemikirannya dan sentiasa melihat dengan kasih sayang atau di satu sisi lain, manusia yang tanpa sedar hanya sering berfikiran negatif dan lebih menyedihkan, kebanyakan pandangan mereka cenderung kepada kebencian.

Ramai yang kurang menghalusi perkara ini. Ramai merasakan mereka berfikiran positif tetapi hakikatnya mereka sentiasa berada dalam corak negatif. Mereka tidak menyedari kebanyakan pandangan mereka adalah pandangan yang menjurus kepada kebencian.

Walaupun menyatakan mereka positif tetapi kata-kata yang keluar daripada mulut jelas mencerminkan kegusaran jiwa mereka. Mengapa dan punca terjadinya senario ini hanya si empunya mulut mampu memberi jawapan.

Bagaimanapun, mengikut penelitian, hampir 100 peratus daripada mereka akan menafikan perkara itu kerana isu salah menggunakan mulut adalah sesuatu yang terlalu peribadi untuk diakui.

Mari sama-sama kita renungkan diri sendiri. Seandainya kita melihat sesuatu perkara yang negatif, apakah yang bakal kita lakukan? Andai kita melihat sekumpulan mat rempit sedang merokok menunggang motosikal dalam keadaan yang membahayakan.

Apakah perkataan yang pertama keluar daripada mulut kita? Adakah kita berkata: “Kalau jatuh nanti baru dia rasa.” Adakah kita melihat keadaan itu dengan penuh kebencian? Adakah kita mengharap kejadian yang buruk berlaku ke atas mereka?

Cuba perhatikan contoh situasi lain pula. Jika kita membaca satu kisah artis yang menjelekkan di majalah mahupun mendengar orang sedang memperkatakannya, adakah kita terus juga menyokong elemen negatif itu? Adakah anda turut mengutuk?

Jika jawapannya adalah ya, maka seseorang itu adalah orang yang cenderung berfikiran negatif biarpun mereka menafikannya. Ini kerana apa yang pertama terpacul di mulut mereka adalah negatif.

Mulut akan mengeluarkan perkataan awal daripada fikiran dan seandainya perkataan itu negatif maka itu melambangkan corak pemikiran seseorang.

Bagi yang berfikiran positif pula, mereka akan sentiasa cenderung mengatakan hal yang positif dulu. Mereka akan mendoakan orang yang melakukan kesalahan agar kembali ke pangkal jalan. Mereka tidak mengata tetapi mereka mendoakan.

Mereka berasa sedih dengan keburukan yang dilihat. Mereka sentiasa inginkan manusia menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada-Nya. Apabila mereka melihat mat rempit berkeliaran, mereka mendoakan agar mereka ini diberi hidayah oleh Allah SWT.

Apabila mereka mendengar orang membicarakan kejelekan, mereka tidak mencampurinya melainkan memohon kepada Allah SWT yang memegang hati-hati hamba-Nya agar pelaku itu ditunjukkan jalan kembali.

Kita perlu ingat bahawa setiap yang kita ucapkan itu satu doa. Ia bukan saja doa kepada pelaku kesalahan tapi juga adalah doa untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu sering mengucapkan hal-hal yang buruk mengenai orang lain, maka setiap ucapan itu akan tertanam dengan sendirinya dalam benak minda bawah sedarnya.

Apabila ucapan itu benar-benar kukuh, maka secara semula jadinya ia akan berubah menjadi sikap. Lalu jika dulu seseorang itu cukup gemar mengata orang, maka kini apa yang dikatakannya itu menjadi sikapnya pula.

Cuba kita lihat sikap yang yang ada pada kita hari ini, berapa banyak hasil yang terhasil daripada apa yang kita ungkapkan dulu. Mereka ini tidak sedar akan perubahan sikap diri.

Justeru, mulai hari ini lakukanlah perubahan sikap yang suka mengata hal negatif kepada mendoakan perkara positif. Kita perlu ingat apabila sesuatu perkara yang dikatakan itu tidak benar, maka menjadi fitnah dan seandainya benar maka umpatan sudah dilakukan.

Kedua-duanya hanya bekalan ke neraka. Justeru, marilah kita bermohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa tergolong dalam mereka yang gemar mendoakan kebaikan. Semoga kita dirahmati Allah SWT. Amin.


Bahana mulut celupar

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin. Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat”

Menurut Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar, ayat ini adalah perjanjian antara Tuhan dan Bani Israel di dalam kitab Taurat. Perjanjian ini kemudiannya diulang semula di dalam Al-Quran kepada umat Islam hari ini. Ayat ini mengandungi perintah agar manusia menjaga lidah dengan berkata perkara yang baik-baik saja.

Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Tidak ada istilah 'dia ini mulut saja yang jahat, tapi baik orangnya' di dalam Islam. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.”


Di dunia, mulut celupar akan membuatkan kita hilang kawan. Orang akan menjauhi kita tanpa kita menyedari sebabnya. Mungkin ada yang tidak sedar, tapi hakikatnya, orang bermulut jahat walaupun hatinya baik sukar didekati dan lama-kelamaan kawan mula hilang dan menjauhkan diri.

Friday, 14 June 2013

MAJLIS KAHWIN SEPUPU KU

Salam jumaat u all...

direct 2 d story la ye..
tanggal 25/5/13 sepupu perempuan ku telah selamat menamatkan zaman bujangnya...hahahahaha..akhirnya..
welcome 2 d club my cousin..majlisnya ni di adakan kat kampung..depan rumah i je..so u all fhm la kan lau majlis da depan rumah ni...bz yooo...huru hara juga jadinya...

kat cini if ada majlis kenduri or kawin  amalan 'GOTONG ROYONG' 2 masih kuat lagi..
time ni la orang kampung datang membantu..time ni la juga kita bertemu dgn kwn2 lama..
sempena dia kwin ni..i ambik cuti sehari sebelum majlisnya..nak bantu2 la katakan..g pn majlisnya depan rumah ja...so pas keja 2 bw hsbn n anak2 balik kg..brg2 da pckg awl2 lagi..balqis teruja benar bila abahnya
g tau nak balik kg..'jumpa atok..jumpa nenek..jumpa pkc ipan..jumpa pkc pp..jumpa cik lela'..2 je la dikatanya..teruja benar anak i seorang ni..lau anis da besar kot2 dia pn g2 jua..hahahahaha...

so apa kata kita cuci2 mata dengan gambor2 yg sempat di ambik....jommmmmmm





ni la rumah majlis 2..
kat sini x nmpk ramai org kan..
tapi bila p blkg..haaa
ramainya org...



yg ni nak buat pelamin..
panjat jangan tak panjat..hahahaha
dulu time i bujang2 selalu juga join p buat pelamin
hehehehehe




ni bahagian tempat nak masak
siapa tau sayur pa yg dorg buat 2..
2 la pucuk ubi kayu nak di masak..
yummmm...



dan yg ni paling MAHAL ...
hahahaha...nampak budak girl 2..
2 la Balqis..dia pn nak menolong jua..
allhamdulilah..
seriusnya anak ibu kupas bwg yeee...




masa nak snap pic ni..
balqis say 'ibu..no..no..'
but ibunya ttp nak ambik pic jua..
ni la hasilnya...muncung yoo..
hahahaha..but u all pcy dak..bwg2 putih 2 
habis dorg kerjakan..senang cikit..
da hbis tnya lagi..ibu kakak nak tlg lagi..



ni la pengatinnya..
pic x jelas plk..
yg ni sesudahnya akad nikah..
pelamin mini kat dlm 



acara memotong kek ( mlm)
nampak tak pelaminya 2..
bertemakan pink + purple




kebetulan tarikh majlis ni abg pengantin pny birthdy
so di sambut jua..
terkezuttt g2..
di khylk org ramai 2..
tetamu2 pn sporting nyi lagu birthdy..
merah semerah mukanya menahan malu..
kakakakakakaka


dua2 sama..
kecik molek..

SELAMAT PENGANTIN BARU MY COUSIN

Tuesday, 4 June 2013

Al-fatiha...

al-fatiha...

telefon berbunyi..panggilan dari my ddy..berita yang di sampaikan membuatkan jantung ni seolah-olah terhenti seketika...inalillahwainailahiroziin hanya i2 yang terkeluar dr mulut ini...nenek tercinta telah kembali ke rahmattullah..

hati sedih hanya allah sahaja yang tau...air  mata nak berlinangan ku tahan,agar x jatuh berderai...
ku kuatkan semagat...

dirimu akan sentiasa ku rinduiii...
senyum mu & tawa mu hanya tinggal kenangan...
gelagat mu hanya dalam kenangan...
xlagi insan yang akan ku panggil nenek..
hanya doa ku...


pada mu ilahi ku mohon padamu ampunkan la segala dosanya...
tempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman...
jauhilah dia dari azab kubur & api neraka...
ampunkan la segala dosanya...


amin..

Monday, 3 June 2013

KETIDAK JUJURAN...

siapa d cini yang pernah d ambil barangnya tanpa izin.????anda..anda...
mesti yang baca N3 ni pernah kan???jangan tipu la...apa perasaan anda ketika itu???macam oren???
huh...mesti lebih dari oren kan...cam peria???) lantakla rasanya cam na kan???janji rasa 2 x SYOKK....Sakitt kan...cisss)

sy sendiri ada pengalaman kes ni...boleh kita namakan ianya adalah KETIDAK JUJURAN....kita percaya dengan dia..tup2 dia dot..dot..dot..huh!!!!!...x d sangka betul...i really don't like people who take my dot..dot without my permission.and tht happen 2 me..without my premission ya...

apakah jenis orang sebegitu????kepercayaan kita pastinya luntur hanya di sebabkan hal sedemikian...
pastinya kita akan lebih berhati2 dengan orang bg2...bukan sekali dua but ianya berulang...hanya disebabkan kita x tegur dia mengulanginya lagi...bukan la x mau menegur..cuma bagi sy dia bukan la budak2 lagi..boleh berfikir da..mengambil barang orang tanpa izin itu dikira MENCURI...mungkin dah memang tabiat la kan..2 yang asyik balik2 ja ambik...nanti kang bila sy yang tegur alamat huru hara la jadinya.perkara sebegini berlaku lagi pada diri ni minggu lepas..2x ya..2 kes..cuma bezanya barang 2 ja la..tapi sy betul2 x sangka dia akan begitu...


saya akan menganggap orang yang mengambil barang orang lain tanpa izin adalah PENCURI...
pa pn sy percaya...ALLAH itu maha ADIL...sy berdoa SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBUKA / MELUASKAN REZEKI KU...REZEKI YANG HALAL..AMINNN....





pssttt....jangan sampai orang dah tak percaya dengan kita...
            dalam perhubungan kejujuran itu penting..so jaga la ia..
   

Sunday, 2 June 2013

Hi u all...



Monday Glitter Graphics and Images
siapa yg suka hari isnin???angkat tangan..tinggi2 ler..x nampak ar...tinggi lagi...hehehehe
secara jujurnya i dont like monday...hahahaha...rasa cam x cukup je rehat..(jwpn org malas ni)
lau nak diikutkan ati..nak cuti lagi wehhh...huhuhu...but  apakan daya..isnin tetap datang juga kan..nak buat cam na pn i2 ari ISNIN tetap mariii ooo....whatever...
but ari isnin juga la penentu segala..cz isnin la permulaan bagi segala urusan kan...keja yg minggu lepas x siap kena siapkan(apakah yg sy mencarut ni...adeiiiii)...
ada tak lagu sempena ari isnin ni...??????think...thinkkk...think...
ooo doraemoooonnnn...d manakah anda..i need u dis time la...